SIK KEDAH, 08 DISEMBER 2020 – Bersempena dengan Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia pada setiap 05hb. Disember setiap tahun, Daerah Sik turut tidak ketinggalan dalam menyambut sambutan hari berkenaan yang telahpun diadakan pada 05 Disember 2020 (Sabtu) yang lalu di beberapa tempat di sekitar Daerah Sik, Sik, Kedah Darul Aman disini.
Kakitangan PBSD Sik bergerak bersama-sama Majlis Belia Daerah (MBD) Sik dan Kelab Rakan Muda (KRM) Daerah Sik menyantuni para belia yang kurang kemampuan dan mengalami masalah kesihatan dengan memberikan kit barangan keperluan dapur serta cecair pembasmi kuman kepada mereka.
Antara destinasi yang dikunjungi di Felda Teloi Timur, Kg. Batu Seketul, Desa KEDA Gulau, Kg. Charuk Damar dan Kg. Lubuk Bedil.
Adalah menjadi harapan, semoga semangat kesukarelawanan belia ini akan terus mekar dalam sanubari seluruh warga kerja PBSD Sik dan NGO’s keseluruhannya serta semoga segala usaha yang dilakukan dengan jujur dan ikhlas akan mendapat balasan dari Allah SWT, Insya Allah.
PBSD Sik mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KESUKARELAWANAN BELIA MALAYSIA 2020.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 444
