POKOK SENA KEDAH, 13 DISEMBER 2020 - Dengan objektif bancian 2020, mengumpul stok serta profil Penduduk dan Perumahan Negara meliputi ciri-ciri demografi dan sosio-ekonomi sehingga ke peringkat geografi terkecil. Menjadi asas Anggaran dan unjuran bagi Penduduk dan Tempat Kediaman dan menjadi input penanda aras baharu dalam penyediaan indikator sosio-ekonomi.
Melalui kaedah pengisian soal selidik secara atas talian oleh responden melalui pautan Portal Banci dan Stats Geoportal (http://ecensus.mycensus.gov.my). Pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena telah berjaya melaksanakan tanggungjawab kepada Negara dengan mengisi e-Census.
Satu majlis serahan sijil penghargaan kepada semua daerah yang terlibat termasuklah PBSD Pokok Sena telah di adakan di Kompleks Belia dan Sukan Alor Setar dan di sampaikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah yang baharu Tuan Abd Aziz Bin Abd Rahman.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD POKOK SENA)
- JBS Kedah
- Hits: 415
