BALING, 7 DISEMBER 2020 – Perjumpaan serta perbincangan berkenaan program Rakan Muda Wira Usaha bersama pihak Giatmara Baling telah dilakukan pada hari ini . Objektif perjumpaan ini adalah untuk membincangkan tentang Bengkel Pembuatan Simen Ferro yang akan dijalankan untuk 25 orang ahli Kelab Rakan Muda Baling .
Encik Yusof , Pensyarah Jurusan Teknologi Binaan Giatmara Baling telah berkongsi akan pengalamannya mengajar tentang pembuatan simen ferro kepada pegawai PBSD Baling . Di samping itu , penglibatan belia di dalam program ini berpotensi untuk menambah minat menghasilkan produk simen ferro yang lebih kompleks . Pihak Giatmara juga telah meminta jasa baik PBSD Baling untuk mempromosikan jurusan-jurusan yang ditawarkan di Giatmara Baling kepada anak-anak belia Baling .
Turut hadir ialah Pn.Maizatul Akmam Binti Adam , Pegawai PBSD Baling , En.Farid , Pem.Belia Dan Sukan PBSD Baling dan En.Khairi , Pegawai Logistik Giatmara Baling .
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
- JBS Kedah
- Hits: 404
