- JBS Kedah
- Hits: 350
PROGRAM JELAJAH APA KHABAR BELIA MBM-MBNK 2020 DAN SANTAI BERSAMA SETIAUSAHA POLITIK KEPADA YB MENTERI BELIA DAN SUKAN
BALING KEDAH, 2 DISEMBER 2020 – Satu program Jelajah Apa Khabar Belia MBM-MBNK 2020 dan Santai Bersama Setiausaha Politik Kepada YB Menteri Belia Dan Sukan telah diadakan di Hotel Sri Baling pada 29 November 2020 (Ahad) yang lalu .
Program telah berlangsung dengan ucapan dari Dato’ Ahmad Bin Darus , Setiausaha Politik YB Menteri Belia Dan Sukan . Dalam ucapan tersebut , beliau telah menyampaikan amanat dari YB Menteri Belia Dan Sukan kepada MBM dan MBNK untuk terus memperkasakan para belia di negeri dan daerah masing-masing .
Turut hadir ialah Tn.Haji Abdul Aziz Bin Abd Rahman , Pengarah JBSN Kedah , En.Mohammad Suhaimi Bin Md Saad, Timb.Pengarah Belia , Hamdan Bin Jamel , Pemangku Presiden MBNK dan Pn.Maizatul Akmam Binti Adam , Pegawai PBSD Baling.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
- JBS Kedah
- Hits: 350
