YAN KEDAH, 24 NOVEMBER 2020 – Majlis Belia Daerah Yan telah mengadakan satu perjanjian persefahaman (MOU) bersama Senama Ping Pong S3 Club berkaitan aktiviti ping pong dalam kawasan Pejabat Majlis Belia Daerah Yan.
Perjanjian Persefahaman ini ditandatangai oleh Encik Mohd. Hafiz bin Hj Abu Hassan Pengerusi MBD Yan dan Encik Aslan selaku Jurulatih Kelab Ping Pong. Perjanjian itu menyentuh tentang penggunaan kemudahan yang ada di MBD Yan dan penyelarasan aktiviti semasa oleh pelatih-pelatih ping pong. Perjanjian ini akan membantu untuk melahirkan lebih ramai wakil ping pong ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Hadir bersama memerhati perjanjian persefahaman ini adalah Encik Johardi bin Rosla mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan.
DISEDIAKAN OLEH : JOHARDI BIN ROSLA (PBSD YAN)
- JBS Kedah
- Hits: 421
