POKOK SENA, KEDAH – 02 NOVEMBER 2020. Kelab Bola Sepak FAB, Pokok Sena telah mendapat kelulusan pendaftaran kelab daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 pada 14/8/2020.
Bagi memenuhi syarat kelulusan ini satu Mesyuarat Agung kali pertama telah diadakan pada ujung November yang lalu,bertempat di Restoran Akie Bistro, Pokok Sena. Satu jawatankuasa baharu telah di bentuk dan dilantik bagi menerajui Kelab Bola Sepak FAB ini.
Kehadiran bekas pemain Bola Sepak kedah Era 80 an Encik Radhi Mat din dan Bekas Jurulatih Kedah Encik Azrai Khor Abdullah menyuntik semangat kepada ahli-ahli kelab untuk menabur bakti dan menguruskan kelab dengan jayanya.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD POKOK SENA)
- JBS Kedah
- Hits: 367
