BALING, 22 NOVEMBER 2020 – Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Baling telah mendapat jemputan pada 9 November 2020 (Isnin) yang lalu dari pengusaha nanas jenis MD2 hasil usaha tanaman beliau yang terletak di Kg Sungai Limau , Baling.
Tanaman ini telah mula diusahakan semenjak 2 tahun yang lalu dan dijangka mengeluarkan hasil dalam masa beberapa tahun lagi. Selain itu, di Baling telah diusahakan penanaman nanas di atas tanah dengan keluasan 10 hektar .
Saudara pengusaha ladang nanas MD2 itu berkata, nanas yang ditanam di tanah tinggi merupakan kategori nanas yang premium yang mampu dijual dengan harga RM3.50 sekilogram dan mampu mencapai berat sehingga 3.5 kilogram sebiji .
DISEDIAKAN OLEH: MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
- JBS Kedah
- Hits: 381
