BALING , 26 NOVEMBER 2020 – Mesyuarat ‘Focus Group’ Daerah Baling Bil.05/2020 telah diadakan pada hari ini di Pejabat Daerah Dan Tanah Baling . Mesyuarat ini diadakan secara berkala dan pada mesyuarat kali ini pengerusi telah membincangkan tentang program bantuan di daerah Baling yang merangkumi bantuan banjir , bantuan Covid-19 , pembangunan usahawan dan penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) , Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) , Zakat dan lain-lain jabatan .
Selain itu , PBSD Baling juga telah terlibat dalam membentangkan program-program berkaitan dengan Belia , Sukan dan Rakan Muda di daerah Baling secara berkala .
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Baling dan turut hadir ialah En.Danial Shamad Kesvan Abdullah , Pen.Pegawai Belia Dan Sukan PBSD Baling .
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
- JBS Kedah
- Hits: 398
