ALOR SETAR KEDAH, 6 DISEMBER 2020 – Majlis Amanat Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telahpun diadakan pada 29 November 2020 (Ahad) yang lalu bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Alor Setar, Kedah Darul Aman disini.
Kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSN Kedah) telahpun menerima Tuan Pengarah baharu pada 16 November 2020 yang lalu dan diikuti dengan majlis amanat ini penting kepada beberapa perkara berkaitan kerja-kerja belia dan sukan baik di peringkat negeri mahupun di peringkat daerah serta peraturan yang perlu diikuti oleh penjawat awam.
En. Abd. Aziz Bin Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah menyampaikan beberapa amanat penting kepada pegawai dan kakitangan JBSN Kedah.
PBSD Sik hadir di majlis amanat tersebut antaranya Pn. Siti Salmiah Binti Md. Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik, En. Wan Syahrin Bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, En. Mohammad Wajih Bin Din, Pembantu Belia dan Sukan dan En. Mohd Sobry Bin Md Akhir, Pembantu Belia dan Sukan.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 361
