PENDANG KEDAH, 14 DISEMBER 2020 – Program Derma anjuran Hospital Sultanah Bahiyah merupakan program bulanan yang diadakan di Daerah Pendang. Setiap 4 bulan sekali Jabatan Transfusi Hospital Sultanah Bahiyah akan turun ke Daerah Pendang untuk mengadakan program tersebut.
Inisiatif ini diadakan untuk memberi peluang kepada penderma-penderma yang ingin menderma darah memandangkan situasi semasa yang melanda seluruh dunia merupakan salah satu kekangan.
Dengan adanya program seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu jabatan untuk mendapatkan bekalan darah bagi kegunaan Hospital Sultanah Bahiyah. Pada tahun ini program ini adalah yang terakhir dan akan berjumpa lagi tahun hadapan. Terima kasih kepda semua penderma-penderma seluruh Daerah Pendang yang sudi menderma darah.
DISEDIAKAN OLEH : HARNANI BINTI HARUN (PBSD PENDANG)
- JBS Kedah
- Hits: 430
