SIK KEDAH, 31 DISEMBER 2020 – Kayuhan Belia Sejahtera Bersama YAB. Menteri Besar Kedah telahpun diadakan dengan jayanya pada 28 Disember 2020 (Isnin) yang lalu bertempat di Pusat Khidmat DUN Jeneri, Sg. Pau, Sik, Kedah Darul Aman disini.
Seramai 52 orang belia dari Daerah Sik telah sertai dalam aktiviti tersebut yang turut sama berkayuh dengan YAB. Menteri Besar Kedah. Jarak laluan adalah 25 km yang merangkumi jalan-jalan kampung dalam Mukim Teloi di DUN Jeneri.
Disamping itu YAB Menteri Besar Kedah juga turut memberikan sumbangan kepada 3 penerima bantuan yang terdiri daripada belia tempatan iaitu mereka yang ditimpa kecacatan kekal akibat kemalangan jalan raya dan kurang bernasib baik.
Antara agensi yang terlibat di program ini, Unit Pembangunan Luar Bandar (ICU) Kedah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sik, Pejabat Daerah Sik dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Pelepasan Kayuhan Belia Sejahtera Bersama YAB. Menteri Besar Kedah telah disempurnakan oleh En. Mahamad Suhaimi Bin Man, Pegawai Daerah Sik.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 685
