BALING, 14 DISEMBER 2020 – Semalam 12 Disember 2020 (Sabtu) telah diadakan Program Rakan Muda Day Out Peringkat Daerah Baling bertempat di Masjid Al-Falah, Kg.Sungai Limau , Pulai , Kedah . Untuk daerah Baling , aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program adalah gotong-royong membersihkan kawasan masjid dan tanah perkuburan orang Islam , penyampaian sumbangan keperluan harian kepada keluarga asnaf dan edaran pelitup muka dan risalah berkenaan pematuhan SOP kepada orang awam di daerah Baling .
Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Baling dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Baling , Pejabat Penghulu Mukim Pulai dan Masjid Al-Falah , Kg.Sungai Limau .
Turut hadir ialah En.Mohd Hazmir Bin Md.Isa , Penghulu Mukim Pulai , En.Basri , Pengerusi JPKK Kg.Sungai Limau , Pn.Maizatul Akmam Binti Adam , Pegawai PBSD Baling , anggota APM Baling dan PULAPAU , Sukarelawan Rakan Muda Baling , MBD Baling dan penduduk Kg.Sungai Limau .
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
- JBS Kedah
- Hits: 447
