POKOK SENA, 28 MAC 2021 - Kelab Bola Sepak FAB, Pokok Sena menerima jemputan untuk berkoblarasi bersama dengan SMA Makarimul Akhlak, Alor Setar untuk program pembangunan Sukan khususnya Bola Sepak.
Satu pertemuan antara Jawatan tertingi SMA Makarimul Akhlak dengan Kelab telah di adakan bertujuan untuk menerangkan perancangan program yang telah di rancangkan oleh pihak SMA dan menawarkan kerjasama bersama dengan Kelab untuk sama-sama berganding bahu merealisasikan program ini.
Ini adalah insiatif terbaik pihak SMA untuk pembangunan sukan di sekolah dan dengan mewujudkan jalinan hubungan kerjasama dengan NGO berganding tenaga mencungkil bakat-bakat baru serta memupuk semangat kesukanan di kalangan pelajar.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD POKOK SENA)
- JBS Kedah
- Hits: 404
