POKOK SENA, KEDAH – 8 APRIL 2021- Kelab Sukan Rekreasi Tualang yang diluluskan pendaftarannya oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 02 Jun 2020, telah mengadakan mesyuarat agong tahunan kali pertama baru-baru ini.
Mesyuarat Agong kali pertama ini dilaksanakan di Masjd Kampung Tengah Tualang, Pokok Sena. Antara intipati mesyuarat ini adalah perlantikan Jawatankuasa baharu serta perancangan beberapa aktviti – aktiviti bagi tahun 2021 ini.
Diharap dengan kepimpinan yang baharu dilantik ini kelab dapat bergerak aktif dan berjaya melaksanakan aktiviti yang di rancang untuk ahli serta penduduk setempat.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD POKOK SENA)
- JBS Kedah
- Hits: 527
