SIK KEDAH, 15 APRIL 2021 - Mesyuarat Pengurusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik Bil. 1/2021 telahpun diadakan pada 14 April 2021 (Rabu) yang lalu bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik, Kedah Darul Aman disini.
Mesyuarat kali ini telah membincangkan tindakan yang perlu diambil hasil daripada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan & Akaun (JPKA), Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) dan Mesyuarat Pengurusan Negeri/Daerah JBSN Kedah yang telah diadakan pada 12 April 2021 yang lalu.
Selain itu juga, Pn. Siti Salmiah Binti Md. Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik turut menekankan perkara-perkara yang perlu dititikberatkan oleh semua kakitangan antaranya kemuafakatan, bekerjasama dan saling membantu dalam mengerakkan aktiviti belia dan sukan di komuniti setempat serta juga kelancaran pengurusan pejabat yang kemas, teratur dan terurus.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 406
