POKOK SENA, 10 MEI 2021 – Bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena, baru-baru ini hadir seramai 5 orang pegawai dan kakitangan daripada Bank Simpanan Nasional Kuala Lumpur ke pejabat ini untuk memberi taklimat mengenai produk baharu iaitu BSN Aspirasi.
Di dalam taklimat tersebut beberapa perkara telah di terangkan antaranya faedah , keuntungan dan tatacara untuk mendaftar di dalam produk baharu tersebut. Selain daripada itu beberapa tip menyimpan wang juga turut di sampaikan.
Encik Muhamad Bin Alli, Pegawai Belia dan Sukan, dalam ucapan ringkas mengalukan kedatangan dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana berkongsi maklumat yang baik untuk pejabat ini.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD POKOK SENA)
- JBS Kedah
- Hits: 328
