BALING, 15 APRIL 2021 – Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Kedah Tahun 2021 (Kategori Pertubuhan Belia) telah diadakan pada 5 April 2021 yang lalu pada hari Isnin bertempat di Kampung Bongor Baru , Baling , Kedah .
Gerakan Belia 4B Cawangan Bongor Baru telah terpilih untuk dinilai sebagai Pertubuhan Belia mewakili daerah Baling . Ia telah dihadiri oleh panel-panel penilai daripada KBS , ROY , MBN Kedah dan agensi-agensi yang berkaitan .
Majlis ini turut disertai oleh Timbalan Pengarah Belia JBSN Kedah , Mantan Pegawai PPD Daerah , Guru Besar SK Kg.Bandar , Pegawai RISDA , Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Baling dan Pegawai dari JBSN Kedah serta PBSD Baling .
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
- JBS Kedah
- Hits: 390
