- JBS Kedah
- Hits: 321
TEAM SUKARELAWAN MYVAC@ SIK
- JBS Kedah
- Hits: 321
BANDAR BAHARU, 30 MEI 2021 – Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid-19 di Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu, Serdang dekat sini bagi meninjau kelancaran pelaksanaan program vaksinasi yang dilaksanakan untuk Fasa 2 di Daerah Bandar Baharu.
Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu, Dr. Rozaimah binti Abu Talib yang juga turut bersama dalam lawatan ini.
Turut serta dalam lawatan ini ialah wakil jabatan-jabatan dalam Daerah Bandar Baharu yang berkaitan termasuk PDRM, APM, RELA, Majlis Daerah Bandar Baharu, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu dan Majlis Belia Daerah Bandar Baharu. Beberapa penambahbaikan dari lawatan tersebut akan diguna pakai bagi kemudahan petugas dan orang ramai yang mendapatkan suntikan tersebut khususnya bagi daerah ini. Beliau juga sempat meramah mesra dengan petugas-petugas MYVAC serta merakamkam ucapan terima kasih kepada semua petugas di dalam buku pelawat yang disediakan.
DISEDIAKAN OLEH : RAMLI SANI BIN SOPIAN (PBSD BANDAR BAHARU)
KEDAH, 18 MEI 2021 - Kunjung hormat daripada Pengerusi Sukan Kolej Komuniti Kedah/ Perlis bersama Pegawai Belia Dan Sukan ke atas Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah. Hadir bersama Puan Norhazita binti Kamaludin, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis.
Semoga perbincangan yang berlangsung akan melahirkan jalinan kerjasama yang baik bagi pembangunan belia serta sukan di negeri Kedah Dan Perlis.
DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
KEDAH, 18 MEI 2021 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Kedah, Encik Abd Aziz bin Abd Rahman hari ini telah melakukan kunjung hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah YB Dato’ Paduka Ammar bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim. Kunjungan hormat ini bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan baik antara dua agensi di samping berbincang dan berkongsi pandangan tentang isu-isu semasa di Negeri Kedah.
DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah
Kemaskini Terakhir: 18-05-2026, 11:52:46