KULIM, 23 JUN 2021 – Ucapan tahniah dan selamat maju jaya buat Cik Nur Hazaratul Safia Binti Fisol yang telah mendapat tawaran pekerjaan di Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau sempat berkhidmat sebagai sukarelawan MYVAC di Dewan Bandaran Kulim selama 3 bulan bermula April sehingga Jun 2021.Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim mengharapkan agar beliau dapat meneruskan kecemerlangan beliau di KKM seperti yang telah beliau tunjukkan sepanjang menjadi sukarelawan bukan kesihatan MYVAC di bawah seliaan pejabat ini. Segala pengorbanan dan khidmat bakti yang telah beliau berikan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Jumpa lagi.DISEDIAKAN OLEH: NUR ANIS BINTI JAAFAR (PBSD KULIM)
- JBS Kedah
- Hits: 396
