BANDAR BAHARU, 16 OGOS 2021 - Mesyuarat Jawatankuasa Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) Daerah Bandar Baharu diadakan secara maya melalui Aplikasi Google Meet pada jam 9.00 pagi 8 Julai 2021 dan dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Baharu Encik Shamsul Qamar Shamsuddin turut menyampaikan taklimat pengurusan dan prestasi sukarelawan bukan kesihatan (MYVAC). Selain itu, mesyuarat tersebut pelbagai perkara turut dibincangkan meliputi aspek keperluan logistik, penyelarasan operasi, program outreach vaksinasi, peningkatan prasarana dan lain-lain perkara berkaitan dalam usaha meningkatkan imuniti kelompok ('herd immunity) di Daerah Bandar Baharu.
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu turut mengumumkan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu sebagai Penyelaras Pusat Pemberian Vaksin di Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu yang turut mendapat sokongan kuat dari YB ADUN Bandar Baharu.
DISEDIAKAN OLEH : RAMLI SANI BIN SOPIAN (PBSD BANDAR BAHARU)
- JBS Kedah
- Hits: 462
