- JBS Kedah
- Hits: 307
SUMBANGAN BANTUAN BANJIR YAN
YAN BESAR, KEDAH, 13 SEPTEMBER 2021 – Bilik Oprerasi Bencana Majlis Belia Negeri Kedah yang telah diwujudkan bagi menempatkan sukarelawan banjir dari NGO belia telah menerima sumbangan bantuan banjir dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.
Bantuan yang berupa keperluan makanan dapur dan keperluan peribadi itu diagihkan secara bersama kepada mangsa banjir yang terpilih. Kesemua mangsa banjir dari setiap kampong terlibat amat bersyukur dengan sumbangan bantuan yang sentiasa diberikan kerana mereka amat memerlukan bantuan yang dibekalkan.
Hadir bersama semasa penyampaian sumbangan ini adalah Wakil dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Encik Hamdan Jamil Pemangku Pengerusi MBN Kedah, AJK MBN Kedah dan Encik Faizal bin Bahador Pengerusi GB4B Kawasan Jerai.
DISEDIAKAN OLEH : JOHARDI BIN ROSLA (PBSD YAN)
- JBS Kedah
- Hits: 307
