SIK KEDAH, 01 NOVEMBER 2021 – Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan dan Inventori telahpun dilakukan pada pada 26 Oktober 2021 (Selasa) yang lalu bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik, Sik, Kedah Darul Aman disini. Antara pemeriksaan aset yang diperiksa adalah KEW. PA 5, KEW. PA 6, KEW. PA 7 dan KEW. PA 11. Pemeriksaan Aset ini telah dilakukan oleh En. Megat Shahrom Bashir Bin Makhdzir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kubang Pasu dan En. Nor Azlan Bin Zainal, Pegawai Unit Kecergasan JBSN Kedah. Hadir bersama En. Wan Syahrin Bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik. DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
SIK KEDAH, 01 NOVEMBER 2021 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik (PBSD) dan Majlis Belia Daerah (MBD) Sik meluangkan masa mengikuti Sambutan Hari Belia Negara 2021 secara dalam talian yang telahpun diadakan pada 30 Oktober 2021 (Sabtu) yang lalu bertempat di Bilik Gerakan Majlis Belia Daerah Sik, Sik, Kedah Darul Aman disini. Pn. Siti Salmiah Binti Md. Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik bersama-sama dengan kepimpinan Ahli Jawatankuasa MBD Sik menyaksikan majlis sambutan tersebut secara dalam talian menerusi aplikasi ZOOM. “DEKAD INI DEKAD ANDA” DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
LANGKAWI, KEDAH – Pulau Langkawi telah menjadi destinasi pilihan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah tahun ini. Sambutan ini telah berlangsung di Dataran Cenang, Langkawi Kedah bermula pada 8 hingga 10 Oktober 2021. Acara sambutan dilaksanakan dalam suasana yang santai dengan tertakluk kepada S.O.P yang ditetapkan oleh kerajaan berikutan masih lagi dalam fasa pemulihan akibat Pandemik Covid-19. Antara acara yang disediakan untuk penyertaan orang ramai adalah Fun Ride, Senamrobik, Beach Robic, Family Fun Beach, Pertunjukan Waja Diri, Jualan Produk Kesihatan serta Sukan dan banyak lagi. Terdapat juga acara dan program yang dilaksanakan secara atas talian seperti Senamrobik@ MyFit, Ceramah serta Senaman Kesihatan juga Pertandingan E-Sport. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman.DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
ALOR SETAR, KEDAH - Tafisa Walking Day @ Kedah telah berlangsung pada 2 Oktober 2021 sebagai simbolik sokongan World Walking Day 2021 sempena Sambutan Hari Sukan Negara yang akan berlangsung pada 9 Oktober 2021. Program ini merupakan salah satu pengisian dalam Sambutan Hari Sukan Negara dan sebagai pemangkin dalam mewujudkan persekitaran yang sihat kepada semua lapisan masyarakat Malaysia disamping meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menjalani gaya hidup cergas dan sihat.Program ini disertai oleh kira - kira 20 orang kakitangan JBSNK dengan aktiviti berjalan kaki. WWD juga merupakan pemangkin dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi semua lapisan masyarakat disamping meningkatkan kesedaran untuk menjalani gaya hidup cergas.DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
LANGKAWI, KEDAH – Telah berlangsungnya Promosi Hari Sukan Negara 2021 peringkat Negeri Kedah di konti Langkawi FM bersama YBrs Encik Abd Aziz bin Abd Rahman, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
BALING, 08 OKTOBER 2021 – Program Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Baling dimulai dengan aktiviti ‘Cabaran Awan Nano (KOM)’ bertempat di Bukit Tiak, Kg Ulu Legong. Aktiviti berbentuk mini pertandingan berbasikal sejauh 2.5km mendaki bukit diadakan mengikut 2 kategori iaitu Mountainbike (MTB) Veteran dan Terbuka serta Roadbike (RB) Veteran dan Terbuka.
Aktiviti yang julung kali diadakan di daerah Baling ini mendapat sambutan yang sangat baik dari penggemar basikal yang mencuba nasib untuk meraih gelaran ‘King Of Mountain’ tetapi memandangkan aktiviti fizikal mesti mengikut SOP, maka penyertaan terpaksa dihadkan. Progarm ‘Cabaran Awan Nano (KOM)’ ini merupakan titik mula kepada program secara tahunan yang dicadang akan dilaksanakan selepas ini di mana pada setiap 3 bulan sekali bermula tahun hadapan untuk mencari ‘King of Mountain’ manakala di akhir tahun akan diadakan pertandingan bagi mendapatkan ‘King of the King of Mountain.
Aktiviti dijalankan dengan jayanya dengan bantuan jabatan dan agensi berkaitan seperti Majlis Sukan Daerah Baling, APM Baling, Kelab Kecergasan Baling, Kelab Berbasikal Bayu Baling dan lain-lain lagi. Penyampaian plak kemenangan diadakan secara ringkas sebaik sahaja aktiviti selesai yang disempurnakan oleh Cik Shuhaini, Pegawai MSD Baling bagi Kategori Open manakala bagi kategori Veteran disampaikan sendiri oleh Puan Maizatul Akmam, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Baling.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
BALING, 08 OKTOBER 2021 – Program Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Baling diteruskan dengan aktiviti teroka gua Sireh untuk program ‘Cave Walk’. Para peserta merasa sangat teruja dengan keindahan rupa bentuk dalam gua yang sangat unik dan cantik.
Aktiviti ini turut disertai oleh jabatan/agensi seperti Rela, APM, IPD, Perpaduan, PKD, JKM, Kelab Rakan Muda dan anak-anak muda Baling. Pengurusan gua sireh di bawah seliaan Pejabat Daerah Baling telah memberi sokongan dan kerjasama yang sangat baik di samping mendapat kerjasama dari Persatuan Penduduk Dalam Wang yang menjadi jurupandu sepanjang aktiviti berjalan.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
BALING, 09 OKTOBER 2021 – Program ‘Hiking Trip’ sempena Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Baling telah diadakan di Gunung Baling dengan disertai oleh seramai hampir 40 orang peserta. Setelah sekian lama aktiviti hiking tidak dapat diadakan kerana PKP, rata-rata peserta merasa gembira dapat menikmati keindahan alam semulajadi.
Walaupun aktiviti hiking merupakan aktiviti yang sangat diminati oleh anak-anak muda tetapi turut diminati oleh pelbagai golongan. Penekanan aspek keselamatan tetap diberi keutamaan di mana sebelum bermula aktiviti, semua peserta diberi taklimat keselamatan dan turut diadakan sessi regangan sebelum pendakian bermula.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
BALING, 10 OKTOBER 2021 – Program ‘Kayak Trip’ sempena Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Baling telah diadakan 2 sessi atas permintaan yang sangat memberansangkan. Demi tidak menghampakan peminat-peminat kayak di daerah ini, sessi pagi diadakan dari Teluk Sungai Durian ke Lubuk Pedati manakala sessi petang diadakan dari campsite Kg Seberang Pekan ke Sungai Limau. Pelbagai pengalaman yang diperolehi oleh para peserta antaranya ada yang tidak pernah berkayak, melalui beberapa jeram, kayak terbalik dan macam-macam lagi. Sebelum pelepasan, semua peserta diberi taklimat dan sedikit tunjuk ajar tentang cara-cara mengendalikan kayak di samping sangat menekankan aspek-aspek keselamatan.
Alhamdulillah, penutup program sambutan hari sukan Negara peringkat daerah Baling telah berjaya dijalankan dengan selamat tanpa sebarang kecederaan. Pelbagai program dan aktiviti telah dirancang akan diteruskan di sepanjang bulan Oktober ini antaranya ‘Funride Le Tour De Baling’, Cave Walk ke 3 hidden cave dan hanging cave. Selain daripada itu, klinik bola tampar, bola jaring dan futsal akan diadakan juga. Pra Eco Challenge (Larian, Kayak, Basikal dan Rock Climbing), Cabaran Arus Deras dan Pra Mini Kayak Race turut akan diadakan bergantung kepada keadaan cuaca dan pengurusan acara.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)