- JBS Kedah
- Hits: 384
MYVAC TERIMA BAUCAR SHOPPE
BANDAR BAHARU, 29 SEPTEMBER 2021 - Sebagai tanda penghargaan kepada agensi barisan hadapan di Daerah Bandar Baharu yang telah banyak membantu dalam menjayakan program imunisasi tersebut kepada masyarakat, CITF Daerah Bandar Baharu mengagihkan sebahagian sumbangan pek baucer Shopee Malaysia.Shopee Malaysia baru-baru ini telah menyumbang sebanyak 10,000 keping baucer Shopee melalui CITF Daerah Bandar Baharu untuk diagihkan kepada para penerima vaksin serta mereka yang telah menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Daerah Bandar Baharu.
Sukarelawan MYVAC Daerah ini turut menerima baucer tersebut yang diterima oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah bagi pihak semua sukarelawan. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Shopee Malaysia di atas pemberian sumbangan Pek Baucer Shopee ini di samping membantu menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Daerah Bandar Baharu.
DISEDIAKAN OLEH : RAMLI SANI BIN SOPIAN (PBSD BANDAR BAHARU)
- JBS Kedah
- Hits: 384
