- JBS Kedah
- Hits: 863
VAKSINASI JAWATANKUASA MBD YAN
GUAR CHEMPEDAK, KEDAH, 16 OGOS 2021 – Mendapatkan Vaksin Covic19 merupakan keperluan utama rakyat hari ini. Pihak kerajaan Malaysia sentiasa mengadakan promosi kesedaran supaya rakyat mengambil suntikan vaksin yang disediakan melalui Kemneterian Kesihatan Malaysia.
Majlis Belia Daerah (MBD) Yan adalah satu badan induk kepada NGO Belia yang ada dalam Daerah Yan. Terkini melalui temujanji bersama Pejabat Kesihatan Daerah Yan, semua AJK MBD Yan telah diberikan suntikan dos 1 vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Serbaguna Guar Chempedak. Menurut Mohd. Hafiz bin Haji Abu Hassan Pengerusi MBD Yan, beliau telah meminta supaya semua Pengerusi-Pengerusi NGO Belia dari semua peringkat supaya mendaftar suntikan vaksin melalui MySejahtera.
Hadir sama memberi dorongan pada hari tersebut adalah Dr. Farhana Binti Mat Lazim
Pegawai Perubatan PPV Dewan Serbaguna Guar Chempedak.
DISEDIAKAN OLEH : JOHARDI BIN ROSLA (PBSD YAN)
- JBS Kedah
- Hits: 863
