- JBS Kedah
- Hits: 344
KIBARAN JALUR GEMILANG DI PBSD SIK
SIK KEDAH, 25 OGOS 2021 – Semarak Merdeka dirasai di kalangan warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik, Kedah Darul Aman pada tahun 2021 disini.
Sehubungan dengan itu, pegawai dan kakitangan PBSD Sik berganding bahu bersama-sama mengadakan aktiviti pemasangan Jalur Gemilang dalam dan luar premis PBSD Sik bersempena dengan sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke-64 pada tahun ini.
Tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun 2021 adalah “Malaysia Prihatin” kekal seperti tahun lalu bagi menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan rakyat dan kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19.
Kakitangan PBSD Sik turut serta mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan dan menyuntik semangat kemerdekaan sepanjang masa.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 344
