- JBS Kedah
- Hits: 388
PENERIMAAN SUMBANGAN KURMA
KUALA NERANG, 11 MEI 2021 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap telah menerima sumbangan kurma daripada Ahli Parlimen Padang Terap, YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid. Sumbangan ini diberi oleh wakil dari Pejabat Ahli Parlimen Padang Terap dan diterima oleh Penolong Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, Encik Mohd Shukur bin Yusuf. Sumbangan ini adalah bersempena sambutan Bulan Ramadhan pada tahun ini.
DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 388
