- JBS Kedah
- Hits: 483
SUMBANGAN PRIHATIN PONDOK FAUZI
YAN, KEDAH, 22 APRIL 2021 – Sekolah Agama Pondok Fauzi telah mengalami kebakaran pada 15 April 2021. Kebakaran ini melibatkan 5 buah asrama pondok yang didiami pelajar sekolah berkenaan. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku pada masa kebakaran selepas solat Isya itu kerana pelajar-pelajar sedang menunaikan ibadah solat tarawikh.
Rentetan itu Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan bersama Majlis Belia Daerah Yan telah mengadakan sumbangan prihatin kepada SMA Pondok Fauzi. Sumbangan disampaikan oleh Encik Mohd. Hafiz bin Abu Hassan Pengerusi MBD Yan kepada Tuan Pengetua SMA Fauzi. Hadir sama adalah Puan Asnatul Adha binti Ahmad Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan serta AJK MBD Yan.
SMA Pondok yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Negeri Kedah merupakan salah satu agenda pendidikan yang banyak membantu pelaksanaan program pembangunan insan di bawah Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan.
DISEDIAKAN OLEH : JOHARDI BIN ROSLA (PBSD YAN)
- JBS Kedah
- Hits: 483
