LANGKAWI KEDAH, 29 APRIL 2021 - Sempena bulan Ramadhan yang mulia tahun ini, pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi (PBSD) bersama pihak Outdoor Extreme MZ9 dan Kaya Palazzo mengadakan Program Terjah Ramadhan Langkawi "Rezeki Dikongsi Bersama". Program ini merupakan Sumbangan Ramadhan dan Hari Raya kepada Agensi Barisan Hadapan (Frontliners) Daerah Langkawi Siri 2. Agensi yang terlibat menerima agihan makanan ini adalah Hospital Sultanah Maliha dan Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuah Langkawi. Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara jabatan. Malahan juga, dapat berkongsi rezeki di bulan yang indah ini.
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMAD AFIF HAFIFFI BIN HASSHIM
- JBS Kedah
- Hits: 417
