ALOR SETAR, KEDAH , 3 MEI 2021 – PEGAWAI Belia dan Sukan Daerah Kota Setar Puan Nazifah Binti Muhamad Zubir bersama kakitangan PBSD Kota Setar serta Majlis Belia Daerah Kota Setar dan sukarelawan membuat kunjung hormat ke Pejabat Pegawai Daerah Kota Setar Dato’ Haji Mohd Asri Redha Bin Abdul Rahman. Inisiatif kunjung hormat ini diambil bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan diantara Pejabat Daerah Kota Setar bersama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar serta Majlis Belia Daerah. Sesi perjumpaan ini turut membincangkan berkaitan hala tuju belia dan sukan khususnya Kota Setar di musim pendemic covid19. Pegawai Daerah Kota Setar sangat menyokong inisiatif KBS mewujudkan sukarelawan My Vaksin bagi membantu meringankan proses suntikan vaksin di Pusat Suntikan Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar. DISEDIAKAN OLEH : NOR HASIMAH BT ABD HAMID ( PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KOTA SETAR )
SUNTIKAN VAKSIN COVID19ALOR SETAR, KEDAH , 6 MEI 2021 –SERAMAI 40 orang Sukarelawan Bukan Kesihatan (My Vac) Daerah Kota Setar dan Daerah Pokok Sena selesai menerima Duntikan vaksin dos kedua di Klinik Kesihatan Simpang Empat, Alor Setar. Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar serta Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar mengambil inisiatif mengawalkan suntikan untuk Sukarelawan MyVac sebagai langkah persediaan untuk bertugas di Pusat Suntikan Vaksin Daerah Kota Setar yang beroperasi di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar. Berdasarkan maklum balas Sukarelawan My Vac kedua-dua daerah yang terlibat mengatakan tiada kesan sampingan yang teruk selepas menerima suntikan dos kedua ini. DISEDIAKAN OLEH : NOR HASIMAH BT ABD HAMID ( PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KOTA SETAR )
ALOR SETAR, KEDAH , 20 MEI 2021 – Seramai 18 orang Sukarelawan Bukan Kesihatan (My Vac) Daerah Kota Setar diberikan Taklimat Awal oleh Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar serta suai kenai sebelum memulakan tugasan sebenar di Pusat Suntikan Vaksin Daerah Kota Setar yang sedang beroperasi iaitu PPV Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar. Taklimat ringkas ini diadakan terus di PPV Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar sekaligus dapat memberi pendedahan secara praktikal kepada Sukarelawan My Vac yang baru. DISEDIAKAN OLEH : NOR HASIMAH BT ABD HAMID ( PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KOTA SETAR )
KEDAH, 6 JULAI 2021 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah kota Setar bersama Majlis Belia Daerah Kota Setar dan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Utara telah mengajurkan Sesi Bual Bicara MAT dan MYKD. Sesi pencerahan peranan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia berkaitan MAT dan MYKD dan tanggungjawab pemimpin pertubuhan telah dikendalikan oleh Saudara Mohamad Shafizal bin Muhamad Shafie yang merupakan Pengerusi Majlis Belia Daerah Kota Setar. Seramai 29 orang Pemimpin dan Jawatankuasa tertinggi mewaklili 21 Pertubuhan Belia badan Gabungan Majlis Belia Daerah Kota Setar dan Persatuan Tunggal yang hadir menyertai sesi ini. Antara pencerahan yang ditekan oleh pihak ROY pada sesi ini adalah berkaitan seperti Perancangan tarikh pelaksanaan MAT, Notis mesyuarat, Korum mesyuarat, Pemilihan AJK, MAT secara maya dan Had umur pemegang jawatan per.belia.Pengerusi MBD merumuskan, beliau dan AJK MBD Kota Setar sedia mambantu selesaikan mana-mana persatuan belia dalam gabungan yang menghadapi masalah pelaksanaan AGM dan penyediaan MYKD. Pegawai Belai dan Sukan Daerah Kota Setar menyatakan akan memberi kerjasama yang baik kepada persatuan belia terutamanya persatuan belia tunggal untuk selesaikan permasalahan AGM dan MYKD pada tahun ini dan pada masa akan datang. Pejabat Pertubuhan Belia Zon Utara merumuskan program sebegini adalah salah satu program yang sangat baik , walaupun dalam keadaan PKP ketika ini. Pihal ROY akan sedia memberi kerjasama membantu persatuan-persatuan belia yang berhasrat untuk menjayakan pelaksanaan AGM dan melengkapkan pelaporan MYKD sehingga turun ke akar umbi pada bila-bila masa apabila dijemput oleh persatuan.DISEDIAKAN OLEH : PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KOTA SETAR.
SIK KEDAH, 04 JULAI 2021 – Sukarelawan MYVAC Daerah Sik memulakan tugasan pada hari pertama untuk bulan Julai 2021 dengan mengikuti taklimat penugasan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Sik iaitu di Dewan Al-Hana, Sik, Kedah Darul Aman disini. Taklimat Pagi telah disampaikan oleh Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Sik merangkap Setiausaha Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Sik. Sukarelawan MYVAC Daerah Sik turut hadir ke sesi taklimat pagi bersama-sama dengan anggota RELA, APM dan Sukarelawan Penjawat Awam Daerah Sik. PBSD Sik sebagai penyelaras sukarelawan MYVAC Daerah Sik mengucapkan selamat menjalankan tugas. DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
SIK KEDAH, 04 JULAI 2021 – Seramai 15 orang Sukarelawan MYVAC Daerah Sik sudah memulakan tugasan pada hari pertama bulan Julai 2021 untuk pemberian vaksin Covid-19 pada 04 Julai 2021 (Ahad) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Sik di Dewan Al-Hana, Sik, Kedah Darul Aman disini. Pada hari ini PPV Daerah Sik memulakan program pemberian Vaksin Covid-19 berjumlah 488 untuk dos kedua dan 424 untuk dos pertama kepada penduduk Daerah Sik. PBSD Sik sebagai penyelaras sukarelawan MYVAC Daerah Sik mengucapkan selamat menjalankan tugas. DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
SIK KEDAH, 04 JULAI 2021 – Majlis Belia Daerah (MBD) Sik meluangkan masa hadir menyantuni Sukarelawan MYVAC Daerah Sik pada 27 Jun 2021 (Ahad) yang lalu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Sik di Dewan Al-Hana, Sik, Kedah Darul Aman disini. Pengerusi MBD Sik, En. Rodzaidi Bin Sullahudzin hadir di PPV Daerah Sik dengan menyantuni dan membekalkan minuman tenaga kepada petugas sukarelawan MYVAC Sik. Turut hadir bersama Pn. Siti Salmiah Binti Md. Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik. DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
SIK KEDAH, 30 JUN 2021 – Lawatan pemantauan Pegawai JBSN Kedah ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Sik telahpun diadakan pada 21 Jun 2021 iaitu di Dewan Al-Hana, Sik, Kedah Darul Aman disini. En. Ahmad Rusydan Bin Abdullah, Pegawai JBSN Kedah telah melakukan pemantauan di PPV Daerah Sik untuk meninjau Sukarelawan MYVAC Daerah Sik disamping melihat kelancaran di PPV tersebut. Beliau juga turut bertemu dengan Penyelaras PPV Daerah Sik, Dr. Amelin bagi mendapatkan maklumbalas berkaitan kerja Sukarelawan MYVAC Daerah Sik. Turut hadir sama Pn. Siti Salmiah Binti Md. Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik. DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
SIK KEDAH, 29 JUN 2021 – Petugas barisan hadapan dan sukarelawan di PPV Daerah Sik mendapat perhatian YB. Ahli Parlimen Sik apabila beliau hadir pada 21 Jun 2021 di Pusat Pemberian Vaksin, Dewan Al-Hana, Sik, Kedah Darul Aman disini. Kehadiran YB. Tn. Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman, Ahli Parlimen Sik di PPV tersebut turut menyantuni dan dihargai oleh barisan petugas hadapan serta sukarelawan dengan menyumbangkan sejumlah pek makanan tengahari untuk petugas berkenaan. Hadir bersama Pn. Siti Salmiah Binti Md. Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik. DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)