- JBS Kedah
- Hits: 376
KOMPLEKS SUKAN KOMUNITI DAERAH BANDAR BAHARU JADI TUAN RUMAH PROGRAM MERDEKA @ KOMUNITI
SERDANG, KEDAH 15 SEPTEMBER 2021 - Program Merdeka @ Komuniti dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Bandar Baharu ini telah berlangsung secara hybrid di Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu dan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet pada jam 8.00 pagi.
Program ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kedah serta disusuli dengan tayangan Montaj Video Khas.
Program ini kemudiannya diteruskan dengan Ucapan Perasmian Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Tahun 2021 Peringkat Daerah Bandar Baharu secara maya oleh Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah.
Program diteruskan lagi dengan Gimik Perasmian yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Norsabrina binti Mohd Noor ADUN Bandar Baharu.
Semoga program seperti ini diharap dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan rakyat khususnya para penduduk Daerah Bandar Baharu serta meraikan para petugas barisan hadapan Daerah Bandar Baharu sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 dalam situasi negara yang berhadapan dengan pandemik Covid-19. Sukarelawan MYVAC yang turut terlibat dalam sambutan ini berasa amat teruja serta menjadi pengalaman yang sangat bermakna kepada mereka.
DISEDIAKAN OLEH : RAMLI SANI BIN SOPIAN (BANDAR BAHARU)
- JBS Kedah
- Hits: 376
