BANDAR BAHARU – 11 Februari 2022 – Persatuan Belia Melayu Aktif (Pebma) selaku Badan Operasi (BO) Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) akan melaksanakan Kelas dan Latihan Kemahiran Tali pada setiap Jumaat bermula jam 3.00 sehingga 5.00 petang bermula Jumaat ini bertempat di Pusat Aktiviti Kelab Sukan Rekreasi Serdang (KESURA).
Kelas selama 2 jam ini akan dikendalikan oleh Mentor dan Jurulatih ARPRM, Amir Syarifuddin Abdul Majid yang juga merupakan jurulatih rekreasi di daerah Bandar Baharu.
Kelas ini bertujuan meningkatkan kemahiran tali kepada peserta ARPRM dari segi teori dan praktikal bagi membantu peserta ARP melengkapkan komponen yang perlu di dalam pentauliahan pingat APRRM.
DISEDIAKAN OLEH : FARIZA BT. GHAZALLI (PBSD BANDAR BAHARU)
- JBS Kedah
- Hits: 329
