BANDAR BAHARU – 27 Mac 2022 – 44 orang pelajar Tingkatan Enam SMK Serdang terlibat dalam Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) yang telah diadakan 25 Mac lalu bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Daerah Bandar Baharu.
Program hasil usahasama Persatuan Tingkatan Enam (PERTINA) Badan Operasi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu dan Persatuan Belia Melayu Aktif bertujuan memberi pengenalan dan pendedahan mengenai ARPRM khususnya komponen-komponen yang harus diselesaikan oleh peserta serta kebihan ARPRM berbanding program-program yang lain.
Selain taklimat ARPRM, peserta juga didedahkan mengenai Skuad Antidadah oleh Pejabat AADK Daerah Bandar Baharu yang turut hadir pada taklimat berkenaan.
Hasil daripada ARPRM diharap dapat melahirkan lebih ramai sukarelawan yang berkualiti yang boleh dibanggakan malah mampu mendukung aspirasi Negara ke arah wawasan yang lebih gemilang.
DISEDIAKAN OLEH : FARIZA BT. GHAZALLI (PBSD BANDAR BAHARU)
- JBS Kedah
- Hits: 273
