SANGLANG KEDAH, 28 FEBRUARI 2022 –Kejohanan Bola Tampar Enam Penjuru Tertutup Kedah telah diadakan pada 26 Februari 2022 (Sabtu) yang lalu bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Jerlun, Kedah.
Kejohanan ini dianjurkan oleh Dolkau Volleyball Club. Disertai oleh lebih 20 team volleyball wakil dari universiti dan Ngo yang ada di Kubang pasu.
Majlis juga turut dihadiri oleh Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kubang Pasu En.Megat Shahrom Bashir Bin Makhdzir dan diiringi oleh dua pegawai beliau Pn.Husaini binti Husain serta En.Azizi bin Rashid.
Kejohanan berakhir dengan lancar dan peserta sangat gembira kerana kejohanan seperti ini sudah lama tidak dianjurkan akibat kekangan pandemik covid-19.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL IZZATI (PBSD KP-KSJ)
- JBS Kedah
- Hits: 312
