- JBS Kedah
- Hits: 264
LANGKAWI NEON NIGHT RUN 2022
KUAH, LANGKAWI KEDAH, 18 MAC 2022 – Langkawi Neon Night Run 2022 telah berlangsung dengan meriahnya pada malam itu dengan penyertaan seramai lebih kurang 650 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum dan umur. Penyertaan dari agensi kerajaan tempatan juga amat menggalakan dalam acara larian sejauh 5km itu. Julung kalinya diadakan selepas Pandemik Covid-10 acara itu turut dimeriahkan dengan sesi zumba dan cabutan bertuah.
Program anjuran Yang Berhormat ADUN Kuah iaitu YB Tuan Mohd Firdaus B. Ahmad dengan kerjasama agensi tempatan seperti Pejabat Daerah, LADA, Majlis Perbandaran Langkawi, JKR, PDRM, RELA, APM dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah telah mencapai sasaran yang ditetapkan malahan melebihi sasaran penyertaan.
Perasaan gembira dan teruja jelas tergambar di riak wajah para peserta kerana acara seumpama ini sudah lama tidak dilaksanakan. Yang Berhormat ADUN Kuah juga turut berasa gembira dan terharu dengan sambutan yang telah diberikan oleh pendudukan Langkawi khususnya dan peserta luar yang turut menyertai acara larian tersebut. Beliau memaklumkan akan melaksanakan acara ini lagi di masa-masa hadapan.
Turut hadir pada program malam itu ialah Yang Berhormat ADUN Ayer Hangat, Ketua Penolong Pegawai Daerah Langkawi, Timbalan CEO LADA dan Setiausaha Majlis Perbandaran Langkawi. Program bermula dari jam 08.00 malam dan tamat pada jam 11.30 malam.
DISEDIAKAN OLEH: MOHD FERDAUS OSMAN / PBSD LANGKAWI
- JBS Kedah
- Hits: 264
