KUALA NERANG, 5 APRIL 2022 – Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Padang Terap telah mengadakan satu sesi perjumpaan bersama ADUN Kuala Nerang, YB Hj. Munir Mohamad Yusoff bin Hj. Zakaria.
Perjumpaan ini bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan Program Belia di Padang Terap sepanjang bulan Ramadhan. Pihak Yang Berhormat menyambut mesra kedatangan pegawai belia sekaligus menyampaikan hasratnya untuk terus bersama-sama membantu Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Padang Terap untuk pembangunan belia di sini.
DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 245
