KUALA NERANG, 17 APRIL 2022 – Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Padang Terap telah menerima jemputan daripada Pejabat Daerah Padang Terap ke Majlis Berbuka Puasa bersama Menteri Besar Kedah anjuran Pejabat Daerah Padang Terap bersama penduduk Kampung Tandop Besar pada 12 April yang lalu.
Majlis ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan sumbangan kepada asnaf, ibu tunggal dan penggali kubur di sekitar Daerah Padang Terap.
Majlis ini juga diadakan bagi memberi ruang dan peluang kepada penduduk untuk beramah mesra dengan Menteri Besar.
DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 194
