AMANJAYA ARENA, 26 APRIL 2022 - Team Effaerobic bersama Persatuan Kecergasan Daerah Kuala Muda terus mengimarahkan lagi Bulan Ramadhan kali ini dengan mengadakan Program Iftar Ramadhan serta sumbangan kewangan kepada ahli yang baru kematian bapa tersayang serta menyampaikan sampul duit raya bagi anak-anak ahli yang hadir pada program ini.
Bertempat di Maya Aerobic Studio, Program kali ini telah dihadiri lebih daripada 30 orang yang terdiri daripada ahli Team Effaerobic, Jawatankuasa Persatuan Kecergasan Daerah Kuala Muda bersama anak-anak serta beberapa orang tetamu jemputan. Acara Program dimulakan dengan penyampaian sedikit sumbangan kepada ahli yang kehilangan keluarga, disertai dengan penyampaian sampul duit raya kepada kanak-kanak yang hadir dan seterusnya Majlis Berbuka Puasa serta Solat Maghrib berjemaah.
DISEDIAKAN OLEH: MOHD KAMARUZAMAN BIN KHALIDIN (PBSD KUALA MUDA)
- JBS Kedah
- Hits: 174
