POKOK SENA, 18 MEI 2022 – Taklimat pengurus pasukan dan cabutan undian Kejohanan Sepak Takraw Malaysia Sports League (MSL) 2022 Peringkat Daerah Pokok Sena telah diadakan pada hari ini. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Encik Muhammad Bin Alli, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena. Kejohanan ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena dengan kerjasama Persatuan SepakTakraw Daerah Pokok Sena
Taklimat tersebut diadakan bagi memaklumkan berkaitan peraturan pertandingan dan membuat cabutan undian. Selain itu, turut membincangkan berkaitan perkara-perkara yang berbangkit dari setiap pasukan. Pihak penganjur berharap kejohanan tersebut dapat berjalan dengan lancar.
Disediakan oleh : Mohd Sobry Bin Md Akhir (PBSD Pokok Sena)
- JBS Kedah
- Hits: 152
