- JBS Kedah
- Hits: 200
BANDAR BAHARU JADI TUAN RUMAH KURSUS ASAS REKREASI LUAR TAHAP 1 NEGERI KEDAH 2022
BANDAR BAHARU – 17 Mei 2022 – Daerah Bandar Baharu telah terpilih sebagai tuan rumah bagi Kursus Kursus Asas Rekreasi Luar (outrec) Tahap 1 yang telah dilaksanakan pada 13 – 16 Mei 2022 lalu bertempat di Taman Rekreasi Batu Hampar, Serdang.
Seramai 25 orang peserta terdiri daripada belia-belia dari seluruh Negeri Kedah telah berkampung di sini selama 4 hari 3 malam bagi menyelesaikan modul-modul yang terdapat di dalam Kursus ini seperti rekreasi air, orienteering, navigasi, perkhemahan dan lain-lain lagi.
Diharapkan kursus ini dapat meningkatkan bilangan peminat dan juga penggiat rekreasi luar yang aktif dan diiktiraf oleh pihak kerajaan dan dapat membentuk dan melahirkan peminat-peminat yang berkualiti dan berilmu.
Perasmian penutupan kursus ini telah disempurnakan Abd Aziz Abd Rahman, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Disediakan oleh : Fariza bt. Ghazalli (PBSD Bandar Baharu)
- JBS Kedah
- Hits: 200
