KEDAH, 25 MEI 2022 - Telah berlangsung 3 siri program Let's Get Fit Peringkat Negeri Kedah dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kubang Pasu, Kota Setar dan Kelab Taekwondo Changlun Star (WTF). Siri pertama di adakan di Kompleks Sukan Jerlun pada 14 Mei 2022 melibatkan penyertaan seramai 50 orang.
Siri ke-2 diadakan di Dewan Ibnu Khaldun, IKBN Jitra, pada 20 Mei 2022 dan siri ke 3 diadakan pada 21 Mei 2022 di Taman Jubli Emas, Jalan Suka Menanti, Alor Setar berkesinambungan dengan program Santai Anak Utara Edisi 2022.
Turut diadakan program Walk For Life Siri 1 melibatkan penyertaan dari pihak Kelab Sukan Kecergasan Rimba, kakitangan Jabatan Belia dan Sukan serta pengunjung-pengunjung Taman Jubli Emas.
DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL JBSNK
- JBS Kedah
- Hits: 189
