- JBS Kedah
- Hits: 188
PENYERAHAN GELANGGANG FUTSAL BERHAMPIRAN DEWAN MAJLIS DAERAH PENDANG, KUBUR PANJANG DAN BERHAMPIRAN MINI STADIUM PENDANG, PENDANG
PENDANG, 29 MEI 2022 – Gelanggang Futsal yang telah dibina di berhampiran Dewan Majlis Daerah Pendang, Kubur Panjang dan berhampiran Mini Stadium Pendang di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah di buat pelupusan secara serahan tanpa kos kepada Majlis Daerah Pendang melalui Yang Dipertua iaitu Tuan Ilias Bin Shuib AMK BCK pada 29 Mei 2022. Pihak Majlis Daerah Pendang telah bersetuju dan mengesahkan penerimaan gelanggang tersebut daripada Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pendang yang merupakan Jawatankuasa Pelupusan Aset Gelanggang Futsal Negeri Kedah. Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pendang mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemilik atas komitmen beliau yang menjaga gelanggang tersebut untuk belia-belia setempat menggunakan kemudahan gelanggang tersebut.
.
DISEDIAKAN OLEH : MUHAMAD AZRAI BIN NOOR AZHAR (PBSD PENDANG)
- JBS Kedah
- Hits: 188
