- JBS Kedah
- Hits: 164
PBSD SIK HADIR KE MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN MEMBANTERAS DADAH (MTMD) PERINGKAT DAERAH SIK BIL. 01/2022
SIK KEDAH, 24 MEI 2022 – Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Daerah Sik Bil. 01/2022 telahpun diadakan pada 23 Mei 2022 (Isnin) yang lalu bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah & Tanah Sik, Kedah Darul Aman disini.
Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menangani dan menyelaras tindakan kerja bagi semua agensi berkaitan pembanterasan dadah terutamanya dalam daerah Sik yang merangkumi 4 Mukim iaitu Mukim Sik, Mukim Jeneri, Mukim Teloi dan Mukim Sok.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd. Shazarulazwan Bin Sarip, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah) Sik.
Hadir bersama Pn. Siti Salmiah Binti Md Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 164
