- JBS Kedah
- Hits: 171
PERTANDINGAN BOLA KERANJANG SEMPENA PROGRAM MALAYSIA SPORTS LEUGUE PERINGKAT DAERAH PADANG TERAP 2022.
KUALA NERANG, 30 MEI 2022 – Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Padang Terap telah menganjurkan Pertandingan Bola Keranjang sempena Program Malaysia Sports Leugue (MSL) peringkat Daerah Padang Terap di Gelanggang Bola Keranjang Bukit Gedung, Kuala Nerang pada 28 Mei 2022 yang lalu.
Sebanyak 14 Pasukan telah menyertai pertandingan ini di mana 6 daripada 14 pasukan yang terlibat itu adalah dari kategori wanita. Pasukan yang berjaya memenangi Johan diperingkat daerah kali ini sekaligus akan di bawa untuk berentap ke peringkat Negeri kedah.
Pasukan IKBN B dari Institut Kemahiran Belia Negara Naka telah berjaya menjadi Johan kategori Wanita yang dipertandingkan pada kali ini.
DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 171
