BUKIT BESAR, YAN, KEDAH 14 MEI 2022 – Pertandingan bola jaring Malaysia Sport League (MSL) Peringkat Daerah Yan 2022 telah dilaksanakan di Gelanggang Anjung 78 Sport Center. Pertandingan ini mendapat penglibatan dari pelbagai peringkat umur. Selain dari penyertaan melalui agensi kerajaan dan swasta, terdapat juga penyertaan dari kelab sukan yang bertanding memeriahkan perlawanan bola jaring tahun ini.
Pertandingan bola jaring sememangnya dinantikan kerana bermula dari pandemic covic19 selama dua tahun lalu tiada pertandingan seumpama ini diadakan. Kesempatan pertandingan ini memberi peluang untuk peserta berjumpa semula lawan mereka sebelumnya.
Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Puan Asnatul Adha binti Ahmad Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan. Hadir sama AJK Majlis Belia Daerah Yan.
DISEDIAKAN OLEH : JOHARDI BIN ROSLA (PBSD YAN)
- JBS Kedah
- Hits: 175
