- JBS Kedah
- Hits: 182
PROMOSI ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA( ARPRM)PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KOTA SETAR KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTANAH ASMA ALOR SETAR
Alor Setar, Kedah , 14 Jun 2022 – Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar sedang dalam mempromosi Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda ke Sekolah sekolah di sekitar Daerah Alor Setar. Terbaru telah turun padang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma Alor Setar. Setelah selesai penerangan awal bersama Puan Rozita Bt Abdul Aziz selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma Alor Setar, pihak sekolah menyahut cabaran untuk melaksanakan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda di bawah seliaan Badan Operasi PBSD Kota Setar untuk memulakan Pingat Gangsa, Pingat Perak dan Pingat Emas disamping dapat membantu pemarkahan Kokurikulum pelajar yang terlibat. Program ini banyak memberi peluang dan membentuk kepimpinan, penerokaan potensi diri,kemahiran hidup, kesungguhan, tanggungjawab serta penekanan kepada khidmat masyarakat khususnya. Taklimat keseluruhan untuk pelaksanaan untuk pelajar pelajar akan diadakan dalam tempoh masa terdekat.
DISEDIAKAN OLEH : NOR HASIMAH BT ABD HAMID ( PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KOTA SETAR )
- JBS Kedah
- Hits: 182
