SIK KEDAH, 01 JUN 2022 – Program kecergasan iaitu Fresh2Fit bagi aktiviti kayuhan basikal (Fun Ride) telahpun diadakan dengan jayanya pada 28 Mei 2022 (Sabtu) yang lalu bermula dari perkarangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik di Bangunan Tabung Haji Sik ke Hutan Lipur Rekreasi Lata Mengkuang, Sik, Kedah Darul Aman disini.
Program kecergasan Fresh2Fit ini telah disahut 45 orang peserta terdiri daripada lelaki dan perempuan untuk mengambil bahagian dalam acara ini yang melibatkan jarak kayuhan 30km.
Program anjuran Unit Kecergasan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik serta disokong oleh Persatuan Saujana Cycling Club (SCC) Sik dan Unit Trafik IPD Sik.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 207
