SUNGAI PETANI, 30 JUN 2022: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda telah menganjurkan Program Walk For Life Peringkat Daerah Kuala Muda pada 30 Jun 2022 yang lalu bertempat di Perkarangan Bukit H Taman Semarak, Sungai Petani, Kedah.
Seramai 50 orang peserta menyertai program tersebut yang terdiri daripada Agensi Kerajaan, Swasta dan juga Persatuan Kecergasan Daerah Kuala Muda. Program tersebut mendapat yang baik daripada semua yang menyertainya.
SUNGAI PETANI, 30 JUN 2022: Puspanita Cawangan Kecil Daerah Kuala Muda dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda telah menganjurkan Program Hiking Bukit H pada 30 Jun 2022 yang lalu bertempat di Bukit H Taman Semarak, Sungai Petani, Kedah.
Seramai 35 orang peserta menyertai program tersebut. Ini adalah merupakan program yang pertama kali dianjurkan oleh Puspanita Cawangan Kecil Daerah Kuala Muda pada tahun ini kerana selama dua tahun Negara kita dilanda Virus Covid 19 dan tidak dapat melaksanakan apa-apa sebarang aktiviti dan juga program.
SIK KEDAH, 03 JULAI 2022 – Satu lawatan berkenaan Aspek Pengurusan Keselamatan Pejabat telah diadakan pada 30 Jun 2022 (Khamis) yang lalu bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik, Sik, Kedah Darul Aman disini.
Tuan Pengarah JBSN Kedah bersama Timbalan Pengarah Belia, Timbalan Pengarah Sukan dan Pegawai Tadbir (EO) turut disertai oleh semua Pegawai Belia dan Sukan Daerah di Kedah melakukan lawatan melihat tatacara pengurusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik dari segi Aspek Pematuhan Keselamatan Jabatan yang merangkumi Komitmen Pengurusan, Keselamatan Fizikal, Keselamatan Dokumen dan Keselamatan Peribadi dan ICT.
Hadir bersama Pn. Siti Salmiah Binti Md. Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik bersama-sama kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik.
SIK KEDAH, 03 JULAI 2022 – Daerah Sik menjadi lokasi Sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Kedah 2022 yang disambut pada 30 Jun 2022 (Khamis) yang lalu bertempat Dewan Al-Hana, Kompleks Sukan Perdana, Majlis Daerah Sik, Kedah Darul Aman disini.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik turut berperanan dalam meraikan Sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Kedah 2022 dalam mengadakan pertandingan sepak penalti yang dihadiri 16 pasukan mengambil bahagian dalam acara tersebut.
SIK KEDAH, 03 JULAI 2022 – Mesyuarat Pengurusan Keselamatan Jabatan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telahpun diadakan pada 30 Jun 2022 (Khamis) yang lalu bertempat di Sungai Batang Lake Resort, Tasik Beris, Sik, Kedah Darul Aman disini.
Mesyuarat berkenaan membincangkan dan tindakan yang perlu diambil oleh setiap pentadbir di Negeri mahupun di Daerah berkaitan tatacara pengurusan premis masing-masing dari segi Aspek Pematuhan Keselamatan Jabatan yang merangkumi Komitmen Pengurusan, Keselamatan Fizikal, Keselamatan Dokumen dan Keselamatan Peribadi dan ICT.
Hadir bersama Pn. Siti Salmiah Binti Md. Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik.
ALOR SETAR KEDAH, 03 JULAI 2022 – Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Kedah (MPBN) Sidang II Penggal Ke-33, Sesi 2021-2022 telahpun bersidang pada 23 Jun 2022 (Khamis) yang lalu bertempat di Bilik Gerakan, Tingkat 6, Blok E, Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah Darul Aman disini.
Persidangan yang diadakan ini menjadi wadah pertemuan antara pihak jabatan kerajaan dalam Negeri Kedah bersama dengan Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Negeri/Daerah dengan pihak Kerajaan Negeri Kedah membahaskan usul/isu yang diutarakan untuk penyelesaian dan kebaikan demi masyarakat di dalam daerah khususnya dan di negeri Kedah amnya.
Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Kedah (MPBN) Sidang II Penggal Ke-33 Sesi 2021-2022 ini telah dipengerusikan oleh YB. Tn. Mohd Firdaus Bin Ahmad, EXCO Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Hadir bersama bagi Daerah Sik, Pn. Siti Salmiah Md Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik, dan En. Rodzaidi Bin Sulahhudzin, Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Sik.
JITRA KEDAH, 03 JULAI 2022 – Program Prolog Sistem Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Kedah 2022 telahpun diadakan dengan jayanya pada 27 Jun 2022 (Isnin) yang lalu bertempat di Kolej Komuniti Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah Darul Aman disini.
Program ini dilaksanakan untuk memperkenalkan dan mempraktikkan fungsi Sistem ARPRM kepada semua pihak yang terlibat dalam pengurusan ARPRM terutamanya Pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah yang melaksanakan ARPRM, Pemimpin Badan Operasi ARPRM dan juga Peserta ARPRM.
Bagi Daerah Sik, 3 orang peserta telah menghadiri program ini. En. Mohammad Alia Hanis Bin Rosmadi, Pegawai Unit Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik telah hadir bersama-sama dengan pemimpin Badan Operasi ARPRM Daerah Sik.
Majlis penutup dan penyampaian sijil kepada peserta Program Prolog Sistem Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Kedah 2022 telah disempurnakan oleh Pn. Salwa Binti Senawi, Penolong Pengarah Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
SIK KEDAH, 03 JULAI 2022 – Daerah Sik menjadi lokasi Sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Kedah 2022 yang disambut pada 30 Jun 2022 (Khamis) yang lalu bertempat Dewan Al-Hana, Kompleks Sukan Perdana, Majlis Daerah Sik, Kedah Darul Aman disini.
Dengan Tema “100 Tahun Gerakan Koperasi, Membangun Keluarga Malaysia” telah mengadakan pelagai aktiviti untuk penduduk Daerah Sik khususnya. Peranan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik turut serta dalam mengadakan pertandingan sepak penalti dan penalti “shot out” bola jaring.
Majlis Perasmian Sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Kedah 2022 telah disempurnakan oleh YB. Tan Sri Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Kuala Nerang, 30 Jun 2022 – Tuan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap telah menerima kunjungan oleh Tuan Pengetua Dari Sekolah Menengah Agama Al- Khairiah.
Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan aktiviti sukan yang bakal di laksanakan di daerah ini yang turut sama melibatkan kerjasama antara pihak pejabat dengan sekolah ini serta pejabat-pejabat kerajaan lain yang ada di sini.
Perbincangan ini juga turut membincangkan isu semasa dan permasalahan yang dihadapi golongan belia disini didalam sektor sukan dan kecergasan.
DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)