Kuala Nerang, 28 Jun 2022 – Acara senamrobik ini dipilih untuk dijadikan sebagai salah satu aktiviti kecergasan sempena Program Let’s Get Fit yang diadakan pada 24 Jun yang lalu di perkarangan studio Cleopatra, Pedu.
Acara ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk dan belia setempat. Seramai 40 orang peserta di kalangan wanita yang terdiri daripada penduduk setempat telah memberi komitmen yang baik bagi menjayakan program ini.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Cleopatra Team yang sudi membantu dan memberi kerjasama kepada Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Padang Terap bagi menganjurkan Program Let’s Get Fit For Women ini.
DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 184
