BANDAR BAHARU – 11 Jun 2022 – Tahniah diucapkan kepada pasukan Futsal Lelaki Bandar Baharu ‘A” dan Sepak Takraw Bandar Baharu “A” yang telah menjadi Johan MSL Futsal Lelaki dan Naib Johan MSL Sepaktakraw hari ini.
Pasukan Futsal Bandar Baharu “A” membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 1,000.00 manakala sebagai Naib Johan Sepak takraw, Bandar Baharu “A” membawa pulang hadiah berjumlah RM 700.00.
Hadiah dan pingat telah disampaikan oleh Abd Aziz Abd Rahman, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Tahniah kepada kedua-dua pasukan.
Disediakan oleh : Fariza bt. Ghazalli (PBSD Bandar Baharu)
- JBS Kedah
- Hits: 179
