LANGKAWI KEDAH, 22 Mei 2022 (Ahad) Pejabat Belia dan Sukan menghadiri jemputan Sambutan Aidilfitri anjuran Persatuan Pelayaran Malaysia. Turut bersama adalah pihak pengurusan Majlis Sukan Negara, Persatuan Perahu Layar Kedah, Institut Sukan Negara serta atlet-atlet pelayaran Negara dan Negeri Kedah.
Hadir meraikan para atlet dan kakitangan pengurusan agensi yang ada di kompleks pelayaran Langkawi adalah Yg. Bhg. Dato’ Mansor B. Ismail merangkap Timbalan Presiden Persatuan Perahu Layar Malaysia.
DISEDIAKAN OLEH: MOHD FERDAUS BIN OSMAN / PBSD LANGKAWI
- JBS Kedah
- Hits: 160
